Di tengah-tengah dunia yang bergolak dengan cabaran teknologi, krisis kemanusiaan dan keruntuhan nilai sejagat, golongan akademia tampil sebagai tiang seri peradaban.
Tugas mereka bukan semata-mata menggali dan menyampaikan ilmu, tetapi menjana ilmu yang membawa rahmat kepada sekalian alam.
Golongan akademia jarang diraikan berbanding bidang-bidang lain seperti sukan dan ekonomi, sedangkan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara serta pembentukan sesebuah tamadun.
[Read More] Konvensyen IKRAM Academia
Ilmu & Nilai dalam Tradisi Keilmuan Islam
Sejarah membuktikan bahawa ilmu merupakan tiang seri kepada kemajuan sesuatu bangsa dan negara.
Dalam tradisi keilmuan Islam, ilmu dan nilai ibarat dua saudara kembar. Tapi, ilmu tanpa sifat ihsan, yakni belas kasih, amanah dan keadilan, ia akan menghasilkan kepincangan dalam masyarakat dan kerosakan di bumi.

Hadirin mendengar penuh khusyuk ucapan perasmian Badlishah Sham Baharin.
Akademia sebagai Pendidik Hati
Justeru, peranan akademia amat besar, bukan sebagai pengembang wacana, tetapi pendidik hati dan pembina tamadun.
-
Hadirin mendengar penuh khusyuk ucapan perasmian Badlishah Sham Baharin.
-
Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, menekankan ihsan kepada alam sekitar dan masyarakat.
-
Akademia wajar memastikan ilmu sampai ke semua lapisan masyarakat, bukan hanya golongan elit.

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil.
Ihsan kepada Alam & Haiwan
Beliau berkata, ihsan kepada haiwan juga penting tapi sering dilupakan. Akademia wajar memperjuang dasar yang menjaga kebajikan haiwan dalam sektor pertanian, penyelidikan, dan perundangan.
"Air, udara, tanah dan segala kehidupan adalah amanah yang harus dijaga, bukan dieksploitasi secara rakus," katanya dalam ucaptama bertajuk Menjana Ilmu, Menyebar Rahmah: Peranan Akademia.
Ilmu & Akhlak
Ahmad Fauwaz menegaskan bahawa ilmu yang berkat lahir daripada sifat rendah hati dan pengiktirafan terhadap hikmah daripada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang.
-
Ilmu dunia & akhirat saling menguatkan
-
Kejayaan akademik harus membawa keinsafan, bukan kesombongan
-
Pendidikan harus menyatupadukan intelektual & spiritual
Peranan IKRAM Academia
-
IKRAM mempunyai lebih 1,000 ahli PhD
-
Akademia perlu menyuarakan pandangan bebas dan memberi perhatian kepada isu semasa
-
Kajian rintis kemiskinan bandar, pendidikan tanpa buli, gencatan senjata di Gaza

Peserta Konvensyen Ikram Academia 2025 bergambar kenangan bersama Ustaz Ahmad Fauwaz dan Badlishah.
Sementara itu, Badlishah Sham berkata, IKRAM mempunyai lebih 1,000 ahli dalam IKRAM Academia yang memiliki kelayakan PhD, dan ia perlu menggunakan sepenuhnya kepakaran itu untuk manfaat masyarakat dan negara.
Belliau berkata, sebagai golongan akademia, ahli akademik perlu menyuarakan pandangan secara bebas serta memberi perhatian kepada isu-isu semasa yang membabitkan masyarakat, justeru mereka mesti berani dalam membangkitkan kebenaran.
"Kita perlu terus membina masyarakat yang mempunyai minda yang terbuka dan bebas daripada kepompong pemikiran tertawan.
"Alhamdulillah, IKRAM Malaysia memiliki aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) yang memberi penyelesaian kepada masalah dihadapi masyarakat dan negara.
"IKRAM juga ada melakukan kajian rintis mengenai kemiskinan bandar pada 2024 yang memberi fokus kepada lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor. Dan, kita sudah membentangkan kepada kerajaan supaya beberapa idea daripada kajian itu dimanfaatkan," katanya.
Forum Akademia & Kecemerlangan Wanita
Forum bertajuk Daya Unggul Wanita: Kecemerlangan Akademik Tanpa Sempadan membariskan cendekiawan antaranya:
-
Datuk Dr Harlina Halizah Siraj
-
Prof Dr Norita Md Norwawi
-
Prof Dr Zurina Zainal Abidin
Moderator: Prof Madya Dr Siti Noorkhairina Sowtali

Inilah barisan tulang belakang di sebalik penganjuran Konvensyen Ikram Academia 2025.
Senarai Pemenang Pertandingan Video Kreatif 2025
Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Video Kreatif 2025! Berikut ialah senarai pemenang yang telah memberi kebenaran untuk menyiarkan video mereka di YouTube.
- Nur Aisyah Syafiqah binti Mohd Harmi – Tonton Video
- Muhammad Shah Ikmal Bin Junaidi – Tonton Video
- Ahmad Azir Irfan Bin Ahmad Sarji – Tonton Video
- Safwan Ruslan – Tonton Video
- Yusuff bin Haniff – Tonton Video
- Nurhafizah Mashitha Kholish – Tonton Video
- Megat Muhammad Irfan Bin Megat Zainal Abidin – Tonton Video
- Muhammad Aliff Danial Bin Mohamad Yuzaimie – Tonton Video
- Nurul Afifah Binti Rahim – Tonton Video
- Yeap Cheng Lim – Tonton Video
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas kreativiti dan usaha yang telah ditunjukkan. Semoga pertandingan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya dan menyebarkan mesej kebaikan melalui media digital.
Rakaman bual bicara tersebut boleh ditonton di laman rasmi Facebook Persatuan Akademia IKRAM Malaysia atau di Youtube di pautan berikut:
https://youtu.be/Vr2BvcUimcg
Bersama IKRAM Academia, menjana ilmu dan menyebar rahmah.
Rakaman bual bicara ini boleh didapati di laman rasmi Facebook IKRAM Academia atau boleh tonton di Youtube di pautan berikut:
https://youtu.be/Gp2tIVsxXro
Semoga para peserta beroleh manfaat daripada sesi perbincangan tersebut dan menyebarkannya kepada orang lain. Pihak penganjur juga ingin memohon maaf atas sebarang gangguan teknikal yang terjadi sepanjang program berlangsung.

Perkongsian oleh Encik Jusni Yusoff , Jawatankuasa Pusat IKRAM (JKP) bertajuk Halatuju Penyusunan IKRAM yang memfokuskan kepada tiga perkara iaitu
