Aktiviti
Ikram Academia

Di tengah-tengah dunia yang bergolak dengan cabaran teknologi, krisis kemanusiaan dan keruntuhan nilai sejagat, golongan akademia tampil sebagai tiang seri peradaban.

Tugas mereka bukan semata-mata menggali dan menyampaikan ilmu, tetapi menjana ilmu yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Golongan akademia jarang diraikan berbanding bidang-bidang lain seperti sukan dan ekonomi, sedangkan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara serta pembentukan sesebuah tamadun.

[Read More] Konvensyen IKRAM Academia 

Ilmu & Nilai dalam Tradisi Keilmuan Islam

Sejarah membuktikan bahawa ilmu merupakan tiang seri kepada kemajuan sesuatu bangsa dan negara.

Dalam tradisi keilmuan Islam, ilmu dan nilai ibarat dua saudara kembar. Tapi, ilmu tanpa sifat ihsan, yakni belas kasih, amanah dan keadilan, ia akan menghasilkan kepincangan dalam masyarakat dan kerosakan di bumi.

Hadirin mendengar penuh khusyuk ucapan perasmian Badlishah Sham Baharin.

Akademia sebagai Pendidik Hati

Justeru, peranan akademia amat besar, bukan sebagai pengembang wacana, tetapi pendidik hati dan pembina tamadun.

  • Hadirin mendengar penuh khusyuk ucapan perasmian Badlishah Sham Baharin.

  • Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, menekankan ihsan kepada alam sekitar dan masyarakat.

  • Akademia wajar memastikan ilmu sampai ke semua lapisan masyarakat, bukan hanya golongan elit.

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil. 

Ihsan kepada Alam & Haiwan

Beliau berkata, ihsan kepada haiwan juga penting tapi sering dilupakan. Akademia wajar memperjuang dasar yang menjaga kebajikan haiwan dalam sektor pertanian, penyelidikan, dan perundangan.

"Air, udara, tanah dan segala kehidupan adalah amanah yang harus dijaga, bukan dieksploitasi secara rakus," katanya dalam ucaptama bertajuk Menjana Ilmu, Menyebar Rahmah: Peranan Akademia.

Ilmu & Akhlak

Ahmad Fauwaz menegaskan bahawa ilmu yang berkat lahir daripada sifat rendah hati dan pengiktirafan terhadap hikmah daripada sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang.

  • Ilmu dunia & akhirat saling menguatkan

  • Kejayaan akademik harus membawa keinsafan, bukan kesombongan

  • Pendidikan harus menyatupadukan intelektual & spiritual

Peranan IKRAM Academia

  • IKRAM mempunyai lebih 1,000 ahli PhD

  • Akademia perlu menyuarakan pandangan bebas dan memberi perhatian kepada isu semasa

  • Kajian rintis kemiskinan bandar, pendidikan tanpa buli, gencatan senjata di Gaza

Peserta Konvensyen Ikram Academia 2025 bergambar kenangan bersama Ustaz Ahmad Fauwaz dan Badlishah.

 

Sementara itu, Badlishah Sham berkata, IKRAM mempunyai lebih 1,000 ahli dalam IKRAM Academia yang memiliki kelayakan PhD, dan ia perlu menggunakan sepenuhnya kepakaran itu untuk manfaat masyarakat dan negara.

Belliau berkata, sebagai golongan akademia, ahli akademik perlu menyuarakan pandangan secara bebas serta memberi perhatian kepada isu-isu semasa yang membabitkan masyarakat, justeru mereka mesti berani dalam membangkitkan kebenaran.

"Kita perlu terus membina masyarakat yang mempunyai minda yang terbuka dan bebas daripada kepompong pemikiran tertawan.

"Alhamdulillah, IKRAM Malaysia memiliki aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) yang memberi penyelesaian kepada masalah dihadapi masyarakat dan negara.

"IKRAM juga ada melakukan kajian rintis mengenai kemiskinan bandar pada 2024 yang memberi fokus kepada lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor. Dan, kita sudah membentangkan kepada kerajaan supaya beberapa idea daripada kajian itu dimanfaatkan," katanya. 

Forum Akademia & Kecemerlangan Wanita

Forum bertajuk Daya Unggul Wanita: Kecemerlangan Akademik Tanpa Sempadan membariskan cendekiawan antaranya:

  • Datuk Dr Harlina Halizah Siraj

  • Prof Dr Norita Md Norwawi

  • Prof Dr Zurina Zainal Abidin
    Moderator: Prof Madya Dr Siti Noorkhairina Sowtali

Inilah barisan tulang belakang di sebalik penganjuran Konvensyen Ikram Academia 2025.